Titik Permulaan Bagi Satu Perjuangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua. Sekian lama berfikir untuk melakukan satu pembaharuan dalam rutin seharian, dengan izin Allah s.w.t. lahirlah idea untuk menceburi bidang masakan yang selama ini amat janggal dalam hidup saya. Bermula dengan menghadiri kursus pembuatan mee, soya, ais krim, fish cake, surimi, hinggalah ke pelbagai kek, pastri dan yang terkini kelas 'handmade chocolate', saya kini berjinak-jinak memasarkan kek saya di kedai di samping memenuhi tempahan daripada keluarga, sahabat handai dan jiran tertangga. Mudah-mudahan dengan langkah yang pertama ini akan menjadi batu loncatan kepada diri saya sendiri untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius lagi dan seterusnya menanam semangat keusahawanan dalam diri anak-anak InsyaAllah. Kepada suami tercinta, mak abah, anak-anak yang dikasihi, adik beradik, ipar duai serta bibik yang banyak membantu, terima kasih di atas sokongan kalian. Juga kepada jiran-jiran dan yang sekutu dengannya, terima kasih juga kerana memberi peluang untuk saya menonjolkan bakat sekaligus setia menjadi pelanggan. Kepada anda yang masih belum pernah mencuba produk keluaran Allysha Home Made Cakes & Chocolate, anda boleh menghubungi saya terus di talian 019-5083600 untuk sebarang pertanyaan. Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seminggu atau 2 hari bergantung kepada jumlah tempahan. Selain daripada anda boleh mengambilnya sendiri, kami juga bersedia untuk menghantar tempahan di sekitar Ipoh dan Chemor. Semoga kejayaan tetap bersama kita. InsyaAllah.

BANANA MOIST (RM6.00 - 500gm)

BANANA MOIST (RM6.00 - 500gm)
BANANA MOIST adalah RAJA segala kek keluaran Allysha's Home Made Cakes And Chocolates. Ia dicipta khas khusus untuk peminat kek pisang yang pastinya dapat merasakan perbezaan yang begitu ketara berbanding dengan kek pisang yang sedia ada di pasaran. Kaya dengan vitamin dan amat sesuai untuk santapan keluarga mahupun untuk dijamu ketika majlis-majlis istimewa. Boleh diperolehi dalam size oval berukuran 8'X4'X3' atau berbentuk cup bergantung kepada permintaan. Harganya yang sangat berpatutan pastinya menjanjikan kepuasan anda. InsyaAllah.

CHOCOLATE MOIST (RM10.00 - 500gm)

CHOCOLATE MOIST (RM10.00 - 500gm)
CHOCOLATE MOIST bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Kek yang dikukus ini bukan sahaja melazatkan malah mewah dengan taburan chocolate rice. Peminat chocolate moist boleh memilih sama ada untuk mendapatkan chocolate moist seberat 500gm atau 1000gm. Ia juga turut disediakan dalam bentuk 'cup' bersesuaian untuk majlis-majlis seperti kenduri atau birthday party. Harganya yang sangat berpatutan amat sesuai untuk dijadikan buah tangan, atau dijamu ketika bersantai bersama keluarga mahupun pada hari biasa ataupun pada musim-musim perayaan.

PANDAN BUTTERSCOTCH (RM10.00 - 500gm)

PANDAN BUTTERSCOTCH (RM10.00 - 500gm)
PANDAN BUTTERSCOTCH adalah cetusan resepi yang diadaptasikan daripada kek butter keluaran Allysha's Home Made Cakes And Chocolates. Pilihan alternatif untuk para pelanggan ini bukan sahaja kaya dengan vitamin malah aroma pandan yang membangkitkan selera ini pasti melengkapkan lagi hidangan sekeluarga meskipun dijamu di majlis-majlis istimewa. Ia dibungkus rapi dengan berat 500gm untuk setiap satunya. Ia juga boleh ditampilkan dalam bentuk cup bergantung kepada permintaan dan kesesuaian majlis.

BERYIEL'S MARBLE (RM10.00 - 500gm)

BERYIEL'S MARBLE (RM10.00 - 500gm)
BERYIEL'S MARBLE merupakan satu lagi cetusan istimewa kami yang pastinya turut menambat hati para pelanggan kami. Ia diperkayakan dengan coklat dan dilorek secara eksklusif setiap satunya. Selain dari kaya dengan khasiat, ia merupakan pilihan alternatif oleh semua peringkat usia serta amat sesuai untuk dijamu pada bila-bila masa.

Beryiel's Marble specially designed for kawan kak yong. Panas lagi tu... baru keluar dari oven.

Beryiel's Marble specially designed for kawan kak yong.  Panas lagi tu... baru keluar dari oven.

Kek Bertunang Abu dan Aisyah. Pening juga menyiapkannya.. maklumlah.. saya budak baru belajar

Kek Bertunang Abu dan Aisyah.  Pening juga menyiapkannya.. maklumlah.. saya budak baru belajar

Chocolate Moist for Nina's Birthday - Adik Yus. Dua minggu sebelum tu, tempahan untuk emak Yus.

Chocolate Moist for Nina's Birthday - Adik Yus.  Dua minggu sebelum tu, tempahan untuk emak Yus.

Chocolate Moist - Gift Sempena Birthday Party Murni

Chocolate Moist - Gift Sempena Birthday Party Murni

Banana Moist+Chocolate Rice Tempahan Aisyah Untuk Birthday Party

Banana Moist+Chocolate Rice Tempahan Aisyah Untuk Birthday Party
Untuk Banana Moist Cup (Plain) sebiji RM0.60. Tambahan Chocolate Rice atau buah2an RM0.70-RM0.80. Untuk perkhidmatan pembungkusan, plastik atau kotak, caj tambahan akan dikenakan.

Banana Moist Cup yang telah dibungkus siap

Banana Moist Cup yang telah dibungkus siap

22 Jun 2009

Contoh Tempahan Banana Moist Cup

Selain rasanya yang tersendiri, banana moist cup bukan sahaja tampak comel dibungkus malahan amat ringkas dijadikan buah tangan jemputan.